SEDARILAH PELAJAR-PELAJARKU....PENENTU MASA DEPAN SEMAKIN MENGHAMPIRIMU.......

Wednesday 24 August 2011

KLINIK KAYAK CERGAS

Program Klinik Kayak Cergas ( Kursus Asas Kayak Tahap 1 ) Pelajar Pra Universiti SMKBG 2011 dianjurkan bertujuan untuk menyemai gaya hidup sihat serta menanam semangat juang yang tinggi di kalangan para pelajar, khususnya pelajar Pra Universiti SMK. Batu Gajah. 

Bertempat di Pusat Aktiviti Kenu Kelantan (PACK) Pulau Melaka pada hari Sabtu 26 Mac yang lalu, program ini telah disertai seramai 40 orang pelajar Pra Universiti ( 6 Atas ) dengan diiringi oleh 10 orang guru Pra Universiti yang bertindak sebagai urusetia. Program berkayak ini juga merupakan program tahunan anjuran Kelab Kembara, Rekreasi dan Kebudayaan Pra Universiti SMKBG bermatlamat mempersiapkan para pelajar yang bakal melangkah masuk ke alam IPT dengan fizikal dan mental yang sihat dan cerdas. 

Pada tahun ini sebahagian besar dari perbelanjaan mendapat tajaan dari Lembaga Promosi Kesihatan ( Kementerian Kesihatan Malaysia ) yang dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Kenu Negeri Kelantan di bawah pengawasan presidennya sendiri, Tn. Hj. Johary B. Idris.

Antara objektif penganjuran program ini ialah :

-   Menyemai cara hidup yang sihat di kalangan pelajar
-   Melahirkan pelajar Pra Universiti yang cergas dan cekal
-   Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan yang tinggi
   di kalangan para pelajar selari dengan konsep 'Satu Malaysia'
-   Menanam sikap cintakan alam sekitar
-   Menghargai keindahan ciptaan Tuhan dan bersyukur serta
     mengagumi kebesaranNya

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang ini telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YBrs. Penolong Kanan Kokurikulum SMKBG, En. Ahmad Nizan B. Yahaya yang menggantikan PK Pentadbiran, En. Mazlan B. Yaacob yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Dalam majlis itu juga dua orang pelajar telah terpilih sebagai Peserta Kursus Terbaik keseluruhan iaitu Nasrudin B. Mohd Nor dari Tingkatan 6 Atas 1 bagi kategori lelaki dan Wan Ainun Bt. Wan Zahari dari Tingkatan 6 Atas 2 bagi kategori perempuan. Hadiah-hadiah lain yang turut disampaikan termasuklah kategori pertandingan pasangan terbaik (terpantas dalam perlumbaan kayak) :


Johan              :   1) Mohamad Lukman B. Mahmood (6A2)
                            2) Muhammad Faiz B. Ismail (6A2)


Naib Johan      :   1) Mohamad Alui B. Haron (6A1)
                            2) Azimah Bt. Mohd Azmi (6A2)


Tempat Ketiga :   1) Muhammad Hairi B. Mamat (6A2)
                            2) Muhamad Mujadidi B. Hashim (6A2)


Keseluruhannya program ini telah berlangsung dengan lancar dan sempurna sepertimana yang telah dirancangkan. Pihak Jawatankuasa penganjur ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Kenu Negeri Kelantan di bawah pimpinan Tn. Hj. Johary Idris, semua jurulatih, semua guru pengiring yang bertindak sebagai urusetia dan juga kepada para peserta, pelajar Pra Universiti (Tingkatan 6 Atas) yang telah memberi kerjasama yang penuh dalam menjayakan program ini.




Pelajar-pelajar berkumpul di hadapan Masjid Batu Gajah
begitu teruja untuk menyertai program yang dianjurkan



Bas untuk mengangkut para pelajar ke tempat kursus
tiba seawal jam 7.00 pagi



Para peserta dan urusetia yang terdiri dari guru pengiring
bergambar kenangan sebelum program bermula



Presiden Persatuan Kenu Kelantan, Tn. Hj. Johary
Idris memberikan taklimat dan tunjukcara
kepada para peserta kursus



Pihak urusetia mengagihkan bekalan makanan sebagai
bekal sebelum para peserta turun untuk
memulakan latihan dan mini ekspedisi




Para peserta begitu teruja untuk turun ke sungai bagi
memulakan aktiviti di air



Aktiviti 'water confident' menjadi satu kemestian untuk dilalui
oleh semua peserta sebelum memulakan aktiviti berkayak



Penolong Kanan Pra Universiti, Pn. Mahani Latiff dan
Pn. Norizan kelihatan sangat berminat dengan
aktiviti yang sedang berlangsung



Guru-guru pengiring yang hadir turut membawa ahli 
keluarga masing-masing bagi memberi sokongan 
kepada aktiviti yang dianjurkan



Para peserta membuat persiapan terakhir sebelum 
memulakan aktiviti di air



Para peserta berganding bahu mengangkut kayak turun 
ke sungai bersama pasangan masing-masing



Pihak jurulatih membantu para peserta untuk masuk
ke  dalam kenu dengan cara yang betul dan selamat



Pihak Jurulatih mengarahkan semua peserta membuat
'rafting' untuk menyampaikan taklimat terakhir
sebelum memulakan mini ekspedisi 



Ekspedisi bermula !










Wajah-wajah ceria jelas terpampang di kalangan guru dan
pelajar selepas berjaya menamatkan mini ekspedisi berkayak



Presiden Persatuan Kenu Kelantan, Tn. Hj. Johary Idris
turut menyertai ekspedisi peserta kursus




Peserta dan Jurulatih bergotong royong mengemas dan 
menyusun peralatan selepas tamat ekspedisi



Presiden Persatuan Kenu Kelantan sedang menyampaikan 
ucapan di Majlis Perasmian Penutup



Antara Jurulatih yang membantu menjayakan 
program pada hari tersebut



Para peserta sedang khusyuk mendengar ucapan 
di Majlis Perasmian Penutup



Majlis Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh 
PK Kokurikulum, En. Ahmad Nizan Yahaya yang 
menggantikan PK Pentadbiran yang tidak dapat hadir







PK Kokurikulum menyampaikan hadiah-hadiah 
kepada para pemenang



PK Kokurikulum menyampaikan cenderahati kepada 
Presiden Persatuan Kenu Kelantan sebagai tanda 
penghargaan dari pihak sekolah



Mantan PK Tingkatan Enam (En. Che Mokhtar Che Hassan) 
menyampaikan cenderahati bagi pihak Jawatankuasa 
Penganjur Program kepada PK Kokurikulum



Para peserta dan pegawai menikmati makan tengahari 
(nasi bungkus) sebelum berangkat pulang