SEDARILAH PELAJAR-PELAJARKU....PENENTU MASA DEPAN SEMAKIN MENGHAMPIRIMU.......

Thursday 15 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri



Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah pada tahun ini disambut agak sederhana. Tiada acara persembahan baik dari pelajar mahupun dari pihak guru seperti tahun-tahun sebelumnya. Namun, majlis yang diadakan pada 8 September 2011 yang lalu tetap mengundang suasana kemeriahan hari raya dengan para guru, pekerja sekolah dan pelajar bergaya dengan baju raya masing-masing


Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Guru & Kakitangan Sekolah (KGK) bermula agak lewat, iaitu jam 11.00 pagi kerana memberi laluan kepada Majlis Jasamu Dikenang ( Majlis Perpisahan En. Mahmood Mat Jusof - Ketua Bidang Teknik & Vokasional ) yang bertukar ke SMK. Tanah Merah 1 sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.


Majlis sambutan tahun ini hanya difokuskan kepada jamuan yang diadakan secara berasingan antara guru dan pelajar. Teratak Wawasan menjadi venue jamuan untuk guru dan kakitangan manakala garaj kereta guru di Dataran Ilmu dijadikan tempat jamuan untuk para pelajar.


Majlis berakhir sekitar jam 12.00 tengahari sebelum pihak pentadbir dan ahli rombongan bertolak ke SMK. Tanah Merah 1 untuk mengiringi En. Mahmood B. Mat Jusof.