Bertempat di Bilik Wawasan SMKBG pada hari Sabtu 23 Julai 2011 yang lalu telah diadakan satu kursus, khas untuk meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan guru-guru Pra U SMKBG. Kursus yang lebih menjurus ke arah memperkemaskan Pengurusan Folio ini dianjurkan dengan objektif tertentu. Antaranya, membantu peserta kursus dalam memberi kefahaman yang jelas tentang tugas mereka sebagai tenaga pengajar Pra U.
Di samping itu kursus seumpamanya dianjurkan bertujuan untuk memajukan diri setiap guru agar mempunyai pelbagai bidang ilmu dan pengetahuan. Diharap dengan penganjuran kursus ini juga akan dapat mewujudkan kesepakatan antara guru-guru Pra U bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, sekaligus meningkatkan pencapaian sekolah.
Kursus yang dihadiri oleh hampir kesemua tenaga pengajar Pra U SMKBG ini sepatutnya dirasmikan oleh Penolong Kanan pentadbiran. Malangnya majlis perasmian tersebut terpaksa dibatalkan akibat PK Pentadbiran mempunyai urusan yang lebih penting untuk diselesaikan.
Walau bagaimanapun, kursus tersebut tetap berjalan mengikut jadual dengan membariskan beberapa penceramah dalaman, antaranya :-
Slot 1 - Pn. Rohani Bt. Abdul Rahman
( Pengurusan Folio & Pendokumentasi )
Slot 2 - Pn. Azinawati Bt. Abdullah
( Asas Pelaksanaan Kajian & Penulisan Ilmiah )
Slot 3 - En. Nik Mohd Sharrulnizzan B. Nik Abdullah
( Pengurusan Kokurikulum )
Slot 4 - En. Che Mokhtar B. Che Hassan
( Pengurusan Panitia & Pelaksanaan P&P Berkesan )
Kursus tersebut diakhiri dengan jamuan makan tengahari sebelum peserta kursus bersurai sekitar jam 2.00 petang.
Buku Program Kursus disediakan oleh
En. Nik Mohd Sharrulnizzan
En. Mahmood B. Mat Jusoh selaku pengerusi
majlis mengalu-alukan kehadiran para peserta kursus
Pn. Rohani memulakan kursus dengan slot ceramah
berkaitan Pengurusan Folio & Pendokumentasian
Sebahagian dari tenaga pengajar lelaki Pra U yang hadir sedang khusyuk mengikuti ceramah yang disampaikan
Pn. Azinawati memenuhi slot kedua dengan ceramah yang berkaitan Asas Pelaksanaan Kajian & Penulisan Ilmiah
En. Nik Mohd Sharrulnizzan merangkap Guru Kokurikulum Pra U sedang menyampaikan taklimat berkaitan Pengurusan Kokurikulum dengan menggunakan Power Point
Sebahagian dari tenaga pengajar perempuan Pra U yang hadir sedang khusyuk mengikuti taklimat yang disampaikan
En. Che Mokhtar mengakhiri kursus dengan slot
ceramah terakhir yang berkaitan dengan Pengurusan
Panitia & Pelaksanaan P&P Berkesan
ceramah terakhir yang berkaitan dengan Pengurusan
Panitia & Pelaksanaan P&P Berkesan
Sebelum pulang, para peserta kursus dijamu
dengan makan tengahari di kantin sekolah
dengan makan tengahari di kantin sekolah