SEDARILAH PELAJAR-PELAJARKU....PENENTU MASA DEPAN SEMAKIN MENGHAMPIRIMU.......

Saturday 6 August 2011

LOGO & MOTO SEKOLAH





BERILMU

Setiap individu yang melalui proses pendidikan di sekolah ini akan memperolehi ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang secara formal atau tidak formal.


BERDISIPLIN

Proses pendidikan sekolah bukan sekadar ilmu semata-mata, malah ia adalah pembentukan dan pembimbing pelajar secara rohani dan jasmani dengan harapan dapat melahirkan insan yang berdisiplin.


BERBAKTI

Ilmu yang diperoleh ada pada setiap warga sekolah di samping diri yang cemerlang diharap dapat melahirkan insan yang sentiasa berbakti kepada agama, masyarakat, negara dan sekolah khususnya.




MAKSUD KESELURUHAN TERKANDUNG DALAM COGAN KATA ( MOTO ) INI :

Pendidikan adalah sesuatu proses untuk mewujudkan individu yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang. Proses pendidikan bukan sekadar melahirkan individu yang berilmu semata-mata, sebaliknya ialah suatu saluran yang amat berkesan untuk membentuk kecemerlangan disiplin seseorang sama ada melalui kurikulum mahupun kokurikulum. Dengan lahirnya individu yang berpengetahuan dan berdisiplin, diharap dapat menyumbang bakti untuk agama, masyarakat, negara, keluarga dan sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang antara lain untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.