SEDARILAH PELAJAR-PELAJARKU....PENENTU MASA DEPAN SEMAKIN MENGHAMPIRIMU.......

Sunday 21 August 2011

PENDAFTARAN & MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 6 RENDAH 2011


Pendaftaran     masuk    pelajar-pelajar   baru    Pra  Universiti ( Tingkatan 6 Rendah ) telah berlangsung serentak di seluruh negara pada 9 Mei 2011 ( Isnin ) yang lalu. Seramai 192 orang calon telah disenaraikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk mendaftar masuk ke Tingkatan 6 di SMK. Batu Gajah. Dari jumlah tersebut, seramai 109 calon terdiri dari bekas pelajar SMK. Batu Gajah sendiri. 77 orang calon dari SMK. Kemahang, 3 orang calon dari SM> Vokasional Tanah Merah dan masing-masing seorang dari SM. Teknik Pasir Mas, SM. Teknik Gerik dan SMA Wataniah Machang.

Malangnya, pelajar yang hadir untuk mendaftar pada hari pertama tidak sampaipun 60% dari jumlah keseluruhan yang tersenarai. Hal ini mungkin berlaku akibat dari masalah teknikal seperti maklumat tidak sampai kepada pelajar berkenaan ataupun pelajar sedang bercuti di tempat yang jauh. Masalah pelajar yang sudah bekerja atau tidak berminat untuk meneruskan pelajaran di Tingkatan 6 juga menjadi sebab mengapa kehadiran pada hari tersebut tidak mencapai target yang diharapkan.

Walau bagaimanapun, keseluruhan program Pendaftaran dan Suai Kenal berjalan dengan lancar dan sempurna di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama oleh Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMKBG.




Kain Rentang dipasang di Dewan Sri Gading 
mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru 
Pra Universiti ( Tingkatan 6 Rendah ) 2011




Pihak Urusetia yang terdiri dari pelajar-pelajar 6 Atas 
dengan diselia oleh guru-guru Tingkatan 6 membuat 
persiapan terakhir bagi mendaftar pelajar-pelajar baru




Seorang bapa yang prihatin mengiringi anaknya mendaftar
walaupun terpaksa datang dalam keadaan yang agak sukar 
telah menarik perhatian sebahagian besar warga 
Pra Universiti




Salah seorang bapa pelajar sedang bertanyakan sesuatu 
kepada mantan Penolong Kanan Tingkatan 6, 
En. Che Mokhtar




Program Orientasi dikendalikan sepenuhnya oleh 
Unit Bimbingan & Kaunseling di bawah kendalian 
Kaunselor Pelajar, Pn. Mazilah




Dua orang Guru Pelatih Pengkhususan Bimbingan 
& Kaunseling dari UPSI yang sedang menjalani latihan 
Praktikum turut membantu mengendalikan 
program tersebut.




Pelajar-pelajar baru sedang tekun mendengar taklimat 
disiplin yang disampaikan oleh Unit Hal Ehwal Murid 
yang disampaikan oleh Tuan Hj. Mohd Zakri




PK Pentadbiran, En. Mazlan Yaacob merangkap 
Pemangku Pengetua mengalu-alukan kedatangan 
pelajar 6 Rendah ke SMK. Batu Gajah




Sebahagian dari guru lelaki yang hadir ke Majlis Orientasi 
pelajar-pelajar baru Pra Universiti




Pelajar-pelajar baru Pra Universiti ( 6 Rendah ) 2011 sedang 
mendengar taklimat yang disampaikan di Dewan Sri gading






Pelajar-pelajar baru sedang mengikuti aktiviti 'Ice Breaking'
yang dikendalikan oleh guru-guru Pra Universiti dengan 
dibantu oleh pelajar-pelajar 6 Atas




Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah bergambar kenangan 
bersama barisan Pentadbir Pra Universiti dan
kaunselor pelajar