SEDARILAH PELAJAR-PELAJARKU....PENENTU MASA DEPAN SEMAKIN MENGHAMPIRIMU.......

Wednesday 7 September 2011

JASAMU DIKENANG


EN. MAHMOOD BIN MAT JUSOF
GURU BAHASA MELAYU PRA U SMKBG
( GK TEKNIK & VOKASIONAL SMKBG )


Seluruh Tenaga Pengajar & Pelajar Pra Universiti mengucapkan Tahniah & Syabas kepada En. Mahmood Bin Mat Jusof, bekas tenaga pengajar Pra Universiti SMKBG (Bahasa Melayu), merangkap Guru Kanan Teknik & Vokasional yang telah bertukar ke SMK. Tanah Merah 1 kerana kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sana. Sesungguhnya kehilangan beliau sangat dirasakan. Namun bak kata pepatah...Patah Tumbuh...Hilang Berganti....Kami di sini mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Selamat Bertugas di sekolah baru....


Sehubungan itu, satu majlis "Jasamu Dikenang" bagi meraikan kenaikan pangkat dan sebagai tanda penghargaan di atas jasa-jasa beliau sepanjang berkhidmat di SMK. Batu Gajah telah dianjurkan oleh Kelab Guru & Kakitangan (KGK) pada hari Khamis 8 September 2011 bertempat di Dataran Ilmu SMKBG....



Majlis dimulakan dengan acara rutin setiap hari Khamis - Bacaan Surah Yaasin beramai-ramai




Sebahagian dari Cenderamata Kenangan yang disediakan oleh para pelajar dan Warga Kerja SMKBG




En. Mahmood sedang menyampaikan Amanat Terakhir kepada seluruh Warga SMKBG




Tn. Hj. Mohd Zakery ( Pengerusi KGK ) menyampaikan Cenderamata Kenangan bagi pihak seluruh warga kerja SMKBG



Sebahagian pelajar sedang bersalaman dengan En. Mahmood